APPLE Inc sedang menguji komputer tablet dengan skrin lebih kecil
berbanding gajet terlarisnya iPad, lapor The Wall Street Journal (WSJ),
semalam.
Akhbar itu memetik sumber yang rapat dengan Apple
berkata, pembuat gajet dari California itu bekerjasama dengan pembekal
komponen Asia untuk menguji komputer tablet dengan paparan lebih kecil.
WSJ memetik pegawai di syarikat pembekal Apple berkata, mereka sudah
menunjukkan reka bentuk skrin dengan paparan lapan inci (20.3
sentimeter) peranti berkenaan.
IPad yang memiliki paparan 9.7 inci (24.6 cm) terjual lebih 55 juta unit sejak dilancarkan pada April 2010.
WSJ berkata, Apple sedang bekerjasama dengan Taiwan AU Optronics Co dan LG Display Co dari Korea bagi membekal panel percubaan.
Akhbar itu melaporkan, Apple sering bekerjasama dengan pembekal bagi
menguji reka bentuk baru dan berhak untuk tidak meneruskan peranti itu.
Apple dilaporkan merancang melancarkan versi baru iPad pada minggu pertama Mac ini.
Menurut WSJ, versi baru iaitu ‘iPad 3’ dijangka didatangkan dengan
resolusi skrin lebih tinggi berbanding iPad 2, namun dari segi saiz ia
masih sama.
Amazon dan Samsung masing-masing menawarkan tablet lebih kecil dan harga lebih rendah berbanding iPad.
Bekas Pengasas Bersama Apple, mendiang Steve Jobs yang menolak tablet
lebih kecil berbanding iPad berkata, mereka sebagai ‘tweener’ yang
disifatkan terlalu besar untuk bersaing dengan telefon pintar dan
terlalu kecil untuk bersaing dengan iPad.
Pada Oktober 2010,
beliau mencadangkan mencipta skrin tujuh inci (17.8 cm) termasuk
penggunaan skrin kasar yang membolehkan pengguna menggerakkan jari untuk
memanfaatkan kekunci pada skrin. – AFP
( Dari Berita Harian Online)
Akhbar itu memetik sumber yang rapat dengan Apple berkata, pembuat gajet dari California itu bekerjasama dengan pembekal komponen Asia untuk menguji komputer tablet dengan paparan lebih kecil.
WSJ memetik pegawai di syarikat pembekal Apple berkata, mereka sudah menunjukkan reka bentuk skrin dengan paparan lapan inci (20.3 sentimeter) peranti berkenaan.
IPad yang memiliki paparan 9.7 inci (24.6 cm) terjual lebih 55 juta unit sejak dilancarkan pada April 2010.
WSJ berkata, Apple sedang bekerjasama dengan Taiwan AU Optronics Co dan LG Display Co dari Korea bagi membekal panel percubaan.
Akhbar itu melaporkan, Apple sering bekerjasama dengan pembekal bagi menguji reka bentuk baru dan berhak untuk tidak meneruskan peranti itu.
Apple dilaporkan merancang melancarkan versi baru iPad pada minggu pertama Mac ini.
Menurut WSJ, versi baru iaitu ‘iPad 3’ dijangka didatangkan dengan resolusi skrin lebih tinggi berbanding iPad 2, namun dari segi saiz ia masih sama.
Amazon dan Samsung masing-masing menawarkan tablet lebih kecil dan harga lebih rendah berbanding iPad.
Bekas Pengasas Bersama Apple, mendiang Steve Jobs yang menolak tablet lebih kecil berbanding iPad berkata, mereka sebagai ‘tweener’ yang disifatkan terlalu besar untuk bersaing dengan telefon pintar dan terlalu kecil untuk bersaing dengan iPad.
Pada Oktober 2010, beliau mencadangkan mencipta skrin tujuh inci (17.8 cm) termasuk penggunaan skrin kasar yang membolehkan pengguna menggerakkan jari untuk memanfaatkan kekunci pada skrin. – AFP
( Dari Berita Harian Online)
No comments:
Post a Comment